Portal OratisRx

Toll FREE Number
1800 88 6627

Berita terkini Portal OratisRx

MEMO: ARAHAN PEMBERHENTIAN PEMBEKALAN UBATAN DAN ALATAN PERUBATAN MELALUI SISTEM e-MASS
Oleh : Emass Admin | 27/02/2017


MEMO: ARAHAN PEMBERHENTIAN PEMBEKALAN UBATAN DAN ALATAN PERUBATAN MELALUI SISTEM e-MASS
Oleh : Emass Admin | 27/02/2017


TARIKH         : 27/02/2017

KEPADA       : SEMUA FARMASI KOMUNITI e-MASS dan SEMUA PEMBEKAL ALATAN PERUBATAN e-MASS 

SUBJEK         : ARAHAN PEMBERHENTIAN PEMBEKALAN UBATAN DAN ALATAN PERUBATAN MELALUI SISTEM e-MASS

 

<<Salinan PDF>>

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Adalah dimaklumkan bahawa syarikat OratisRx telah diarahkan melalui suatu surat rasmi dari JPA bertarikh 24hb. Februari 2017, untuk memberhentikan SEMUA pembekalan ubatan dan alatan perubatan melalui sistem e-MASS kepada pesara dan tanggungannya yang berkelayakan berkuatkuasa pada 28hb. Februari 2017.

 

Untuk makluman kepada Pembekal Alatan Perubatan yang mana, Purchase Order (PO) telah dikeluarkan bagi tujuan pembekalan yang telah dijadualkan selepas 27hb Februari 2017 adalah terbatal dengan notis ini.

Sila ambil maklum bahawa, sebarang tuntutan untuk pembayaran balik bagi pembekalan selepas 27hb. Februari 2017 adalah tidak sah dan bukan tanggungjawab syarikat OratisRx Sdn Bhd.

 

Oleh yang demikian, bagi memastikan kelancaran proses pembayaran balik, sila kemukakan semua tuntutan pembayaran kepada kami pada atau sebelum 30hb Mac 2017. Sebarang tuntutan pembayaran balik yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan ataupun diproses untuk pembayaran.

 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan pembekalan selepas 28hb Februari 2017, sila hubungi nombor dibawah.                     

           

            Pesara Awam Persekutuan                  :           03-8887 8777 (KWAP)

            Veteran ATM                                       :           03-8117 8120/8122 (JHEV)

            Perihal tuntutan e-MASS                      :           03-5512 8641/8646/8604 (OratisRx)

           

Sekian. Terima kasih.

 

Bagi pihak,

ORATISRX SDN BHD

 

DATIN RAHIMAH RAIS

CEO OratisRx Sdn Bhd