Portal Farmasi

Toll FREE Number
1800 88 6627

Lupa Kata Laluan?

Berita terkini Portal Farmasi Runcit

MEMO : PENGAKTIFAN PORTAL E-MASS
Oleh : Emass Admin | 09/03/2017


SIARAN MEDIA : PENJELASAN STATUS PEMBEKALAN UBATAN DAN ALATAN PERUBATAN OLEH ORATIS RX SDN. BHD
Oleh : Emass Admin | 03/03/2017


MEMO: ARAHAN PEMBERHENTIAN PEMBEKALAN UBATAN DAN ALATAN PERUBATAN MELALUI SISTEM e-MASS
Oleh : Emass Admin | 27/02/2017


MEMO : PENGAKTIFAN PORTAL E-MASS
Oleh : Emass Admin | 09/03/2017


KEPADA: SEMUA FARMASI KOMUNITI e-MASS
ORATIS RX SDN BHD
MEMO : PENGAKTIFAN PORTAL E-MASS

 


 

<<Lampiran PDF>>

 

 

 

">

">

">

">

SIARAN MEDIA : PENJELASAN STATUS PEMBEKALAN UBATAN DAN ALATAN PERUBATAN OLEH ORATIS RX SDN. BHD
Oleh : Emass Admin | 03/03/2017


SIARAN MEDIA
ORATIS RX SDN BHD
PENJELASAN STATUS PEMBEKALAN UBAT DAN ALATAN PERUBATAN OLEH ORATIS RX SDN. BHD. KEPADA PESARA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DAN VETERAN ATM

<<Lampiran PDF>>

 

Oratis Rx Sdn Bhd (OratisRx) ingin menjelaskan bahawa tiada arahan dari Jabatan Perkhidmatan Awam bagi memberhentikan terus pembekalan ubat dan alatan perubatan kepada pesara dan veteran ATM serta tanggungannya. Sebaliknya segala pembekalan ubat dan alatan perubatan kepada pesara dan veteran ATM selepas 27 Februari 2017 akan diuruskan oleh pihak kerajaan tanpa melalui sistem e-MASS.

 

Untuk makluman, kontrak perkhidmatan pembekalan ubat dan alat perubatan kepada pesara awam persekutuan dan veteran ATM melalui sistem e-MASS yang bermula pada 26 Januari 2012 telah tamat tempoh pada 27 Januari 2017. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini telah dilanjutkan secara interim sehingga 27 Februari 2017.

 

Dengan penamatan kontrak tersebut, satu notis dalaman telah diedarkan kepada pembekal-pembekal berdaftar OratisRx untuk memberhentikan semua pembekalan ubat dan alatan perubatan melalui sistem e-MASS, berkuatkuasa mulai 28 Februari 2017. Ingin dijelaskan bahawa notis tersebut bertujuan untuk edaran dalaman dan bukan ditujukan kepada pesara kerajaan dan veteran ATM.

 

OratisRx dengan ini memohon maaf di atas sebarang kekeliruan yang timbul dan kami menyokong penuh sebarang keputusan kerajaan bagi menambahbaik urusan pembekalan ubat dan alatan perubatan demi kesejahteraan pesara dan veteran ATM.

 

 

ORATIS RX SDN. BHD.

Tarikh : 3 Mac 2017

Tel : 03 – 55228600

Emel : corporate@oratisrx.com.my

MEMO: ARAHAN PEMBERHENTIAN PEMBEKALAN UBATAN DAN ALATAN PERUBATAN MELALUI SISTEM e-MASS
Oleh : Emass Admin | 27/02/2017


TARIKH         : 27/02/2017

KEPADA       : SEMUA FARMASI KOMUNITI e-MASS dan SEMUA PEMBEKAL ALATAN PERUBATAN e-MASS 

SUBJEK         : ARAHAN PEMBERHENTIAN PEMBEKALAN UBATAN DAN ALATAN PERUBATAN MELALUI SISTEM e-MASS

 

<<Salinan PDF>>

 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Adalah dimaklumkan bahawa syarikat OratisRx telah diarahkan melalui suatu surat rasmi dari JPA bertarikh 24hb. Februari 2017, untuk memberhentikan SEMUA pembekalan ubatan dan alatan perubatan melalui sistem e-MASS kepada pesara dan tanggungannya yang berkelayakan berkuatkuasa pada 28hb. Februari 2017.

 

Untuk makluman kepada Pembekal Alatan Perubatan yang mana, Purchase Order (PO) telah dikeluarkan bagi tujuan pembekalan yang telah dijadualkan selepas 27hb Februari 2017 adalah terbatal dengan notis ini.

Sila ambil maklum bahawa, sebarang tuntutan untuk pembayaran balik bagi pembekalan selepas 27hb. Februari 2017 adalah tidak sah dan bukan tanggungjawab syarikat OratisRx Sdn Bhd.

 

Oleh yang demikian, bagi memastikan kelancaran proses pembayaran balik, sila kemukakan semua tuntutan pembayaran kepada kami pada atau sebelum 30hb Mac 2017. Sebarang tuntutan pembayaran balik yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan ataupun diproses untuk pembayaran.

 

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan pembekalan selepas 28hb Februari 2017, sila hubungi nombor dibawah.                     

           

            Pesara Awam Persekutuan                  :           03-8887 8777 (KWAP)

            Veteran ATM                                       :           03-8117 8120/8122 (JHEV)

            Perihal tuntutan e-MASS                      :           03-5512 8641/8646/8604 (OratisRx)

           

Sekian. Terima kasih.

 

Bagi pihak,

ORATISRX SDN BHD

 

DATIN RAHIMAH RAIS

CEO OratisRx Sdn Bhd